Thursday, February 23, 2006

Filem : 9 Naga (2005)


Sinopsis

Hidup adalah menentukan pilihan. Kadangkala pilihan diambil dengan sukarela, lain waktu dengan terpaksa. Demikianlah kisah 3 orang pria, yang telah bersahabat baik sejak kecil (aku edit bukan kecil tapi sewaktu remaja), Marwan, Donny dan Lenny. Ketiganya ambil jalan yang sama dan berjuang sampai saat terakhir untuk persahabatan mereka. Marwan yang disegani oleh kawan² nya adalah pria yang keras. Dibantu oleh Donny dan Lenny, ia mencari nafkah sebagai pembunuh bayaran.

Pelakon : Lukman Sardi, Fauzi Baadila, Donny Alamsyah, Marchel Anthony, Ajeng Sardi (Info : Adek bradik rupanya Lukman dan Ajeng)
Pengarah :
Rudy Soedjarwo


Seriyes la citer ni kalu ingat balik leh sebak. Ngong tol. Mana bomoh Mak Esah la yang si Rudi ni pakai sampai begitu terkesan sampai balik umah. Hahaha....oppsss

3 adegan buat aku tercengeng ya amatsss. Errr
Orgy ko jangan gelakkan aku yach huhu *tu pun ada terasa nak terkluar lagi ayor mata tapi ku tahan Jebat*:P

Pertama : Adegan Adi menunggu abang dia Donny lepas ditembak mati dengan tak sengaja oleh Marwan. 'Mana kakak gue tak balik² nih?' Mungkin ni yang dikata oleh Adi sorang dirik ala² lagu 'tunggu tunggu tok kelik' heheh

Kedua : Adegan Marwan mengaku membunuh Donny pada Adi sebelum nak pi serah diri kat polisi
'Aku adalah pembunuh upahan'
'Aku telah bunuh 23 orang dan sorang saudara ku'
'Aku tembak Donny betol² didada nya'

Ketiga : Adegan isteri Marwan membaca surat terakhir Marwan. Uwaaaaaa. Betol terharu dan tersentuh. Marwan tulis warkah berlagu pilu terakhir buat isterinya sebab dia tau dia akan mati selepas iteww.

'Buat Adjeng isteriku. Terima kasih kerana tabah dan bersabar....'

Seterusnya tak ingat sebab sedih sangat. Aku rasa nak tengok balik part ni nak tau apa isi kandungan surat Marwan yang mana dia memuji isterinya.

Walaupun menjadi pembunuh upahan aku rasa Marwan seorang suami yang baik. Sayang pada keluarga dan menghargai isteri dia walaupun isteri dia lumpuh. (dan tak cari pompuan lain hopefully lah) Dan isteri dia sangat memahami. Dia dapat rasa suami dia buat keje tak baik. Instinct seorang isteri selalunya bener yach. Tapi tak penah nak tanya lebih². Mungkin disebabkan keadaan fizikal dia yang membuatkan dia tak boleh nak kontrol sangat suami dia. Cukup sekadar suaminya pulang ke rumah.

Cuma aku terpikir apa yang Marwan mahu dalam hidup dia. Dah bunuh 23 orang tapi tak kaya² gak. Rasanya lumayan upah bunuh orang ni. Dan wajah dia sentiasa dalam kesuraman. Mungkin itu la akibat memilih jalan yang salah di awalnya. Tapi tak salahkan dia gak mungkin zaman remaja dia tak seindah dan sebahagia remaja lain maka dia memilih untuk menjadi pembunuh upahan. Sampailah berlaku satu insiden yang mana Marwan tertembak kawan baik dia sendiri dan sejak itu dia berhasrat nak insap.

Donny, mahu mintak cuti, dua kali mintak cuti kali ke-3 dia diberi 'cuti' seumur idop iaitu mati. Bak kata Marwan 'Ko ingat ni keje opis ke bleh mintak² cuti?' Maksudnya keje semacam ni tak de cuti tahunan yach. Samada ko teruskan atau mati. Paling sedih mayatnye tak dikebumikan betol².

One thing citer Indon ni kena pi tengok kat wayang sebab ada sarikata. Lebih paham. Kena tengok dengan sarikata kalu tak aram ternganga la ko tengok. Dalam citer ni dia banyak sebut 'bencong'. Apa neraka la 'bencong' ni kan kalu tak de sarikata. Maknanya 'bapuk'. Dan lain² perkataan lagi la. Dialog dia aiyoh marbeles. Walaupun jalan citer dia teramat slow tapi diselamatkan oleh dialog² yg begitu berkesan

Lenny :
'Aku takut'
Tokei warung tuak :
'Apa yg ko takutkan?
Lenny :
'Masa depan'
Tokei warung tuak :'Lorr masa depan usah di takuti kerna belom terjadik. Takut la pada masa lalu'

Ya takut la pada masa lalu supaya tidak terbawak ke masa depan. Belajar dari masa lalu. Aku pun sedang blaja mendelit perkara yang tak berfaedah di masa lalu perlahan² dan buatkan aku lebih berhati² di masa depan. Meminggirkan diri sorang diri lagi elok. Nyamannn rasanya.

Tokei warung tuak (lagi skali) :
'Apa yang kau carik malem² buta begini?'
Marwan :
'Pengampunan'

Pengakhiran terpulang pada Lenny untuk memilih masa depan dia, sama ada nak teruskan jadik 'naga' atau tidak. Dia dah tengok bagaimana seorang 'naga' mempunyai pengakhiran yang tidak baik. Pilihan terletak pada diri kita sendiri. Kalu menetap di Indonesia tak tahu la pilihan mana yang hendak diambilkan. Negara yang mempunyai bilangan penduduk yang teramat padat.

'Mulakan pengawalan dengan sesuatu yang betol' dan citer ni anda boleh 'lihat' dari pelbagai sudut. Dahsat.

No comments:

Post a Comment