Monday, January 02, 2006

Filem : Kiamat Sudah Dekat (2003)



Sinopsis

Berawal dari musibah yang tak sengaja menimpanya, terkena timpukan es krim seorang bocah yang sedang ngambek, dan hilangnya sepatu lars yang dicuri saat ia sedang membersihkan diri di sebuah mushhalla oleh seorang bocah penggila music rock.

Fandy, seorang rocker kelahiran Amerika, akhirnya dipertemukan dan jatuh cinta dengan Sarah, seorang gadis cantik dan berjilbab, putri H. Romli. Namun sayang Sarah telah di jodohkan dengan Farid, seorang pemuda yang masih kuliah di Cairo. Dan tidak mungkin H. Romli rela menikahkan anaknya dengan pemuda berandalan yang buta agama. bahkan ketika ditanya soal khitan, Fandy tidak tau apakah dia sudah dikhitan atau belum.

Namun kenekatan Fandy membuat H.Romli memberinya kesempatan dengan beberapa syarat yaitu : Harus bisa sholat dan bisa mengaji dan diberi waktu dalam tempo satu minggu. Untuk lulus dari persyaratan tersebut, akhirnya Fandy meminta bantuan Saprol, bocah yang pernah mencuri sepatu lars-nya dulu untuk mengajarinya sholat dan mengaji.

Hal ini yang membuat heran teman dan keluarga Fandy, apa yang terjadi dengan anak ini, dan dengan bahasa diplomatis dia menjawab "KIAMAT SUDAH DEKAT, MEN !!"

Dan ujian yang lebih berat berikutnya telah menanti Fandy !

Pelakon :Andre Stinky, Deddy Mizwar, Ayu Pratiwi, Dewi Yull
Arahan : Deddy Mizwar

Pembukaan crita tahun 2006 citer tentang 'Kiamat'. Kiamat dah dekat u ols. Peringatan untuk diri sendiri juga...dunia dunia jugak, akhirat dilupa jangan. *hmmm mcm pernah ku dengar ungkapan ini tapi di mana yach * huhu...Smoga kata² tersebut seiring dan sejalan dengan apa yang diungkapkan. Tertarik nak tengok citer ni sebab tajuk dia. Nak tau cemana citer dia.

Seperti sinopsis di atas, Fandy seorang pemuda rockers anak orang kaya jatuh cinta pandang pertama pada anak Tok Imam. Sungguhpun dalam kad pengenalan tertulis agama 'islam' namun Fandy dan keluarganya tak pernah mempraktik tuntutan agama. 'Buat apa nak sembahyang?' 'Kenapa perlu sembahyang?'

Sebelum Tok Imam membenarkan Fandy berkawan dengan anaknya, Tok Imam ingin mengenali dulu Fandy secara dekat. Kebanyakan Tok Imam lebih berminat nak tau paling utama tentang ilmu agama 'calon menantunya' seperti keupayaan bersolat, mengaji Al-Quran daripada pekerjaan, pangkat apa yang di pegang oleh 'calon menantunya', gaji brapa angka mahupun keturunan keluarga nya berdarah jenis apa.

Mcm biasa la kan, nak tekel anak kena tekel bapak nya dulu (nak tekel mak dah meninggal doniya). Disebabkan Fandy tak pernah solat, tak pernah mengaji, juga dia tak tahu samada dia dah bersunat atau belom, maka Tok Imam tersebut menyuruh Fandy belajar solat dan mengaji sampai boleh. Sekiranya berjaya, maka boleh la berkapel sama anak dia yang cantek molek itewww bernama Sarah.

Adegan yang menarik tok ditonton mcm mana Fandy bersungguh belajar mendalami ilmu agama. Mula² belajar bacaan solat dengan merakam bacaan solat dan hapal melalui walk-man dari sahabatnya sorang kanak² bernama Safrol. Kemdian blajar rukun² dalam solat dengan melihat poster yg tergantung di dinding. Aku penah buat mcm ni seme waktu kecik dulu hehe. Akhir sekali Fandy kena dalami ilmu ikhlas. Jenuh dia pi khutub khanah cari buku tentang ilmu ikhlas ni bersama teman² rockers dia.

Lepas tengok citer ni aku terpikir adakah org mcm Fandy ni akan meneruskan amalan Islam dia lepas berjaya miliki perempuan yang dia jatuh cinta pada pandang pertama? Sebab dia bersolat dan mengaji Al-Quran tok kawin dengan Sarah. Tapi sekiranya tidak berjumpa dengan Sarah, Fandy sampai ke sudah tak sembahyang, mengaji dan lain-lain. Mungkin juga itu 'petunjuk' atau 'hidayah' Allah bagi kat Fandy. Waullahualam.

Citer ni bagus utk dinonton seisi keluarga setelah kita kerap disogok dengan citer yang berunsur duniawi sahaja.

No comments:

Post a Comment