Tuesday, March 29, 2005

Selamat Berjaya Siti Nurhaliza

Image hosted by Photobucket.com
Juara Bintang HMI 1995

Hehehe kali ni mau stori mori pasal penyanyi peberet cik Siti Nurhaliza bersempena dengan konsert Siti yang bakal berlangsung di Albert Hall London pada 1 April. 2 hari lagi.Tarikh yng sama genap 10 tahun penglibatan Siti dalam bidang seni. Ekceli aku pun turut rasa berdebar gak. Kalau ikut napsu memang nak pi, tapi apakan daya poket ku umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Sebagai salah sorang peminatnya pastinya aku nak Siti sakses di London nanti.

Image hosted by Photobucket.com


FROM a small town in Kuala Lipis, Pahang, to the cosmopolitan city of London, please give a big round of applause to Asia's best kept secret, SITI NURHALIZA! This could well be the introduction to the singer’s maiden show at the Royal Albert Hall. With the concert just two weeks away, it was not surprising to find Siti pushing herself at a rehearsal at Synchrosound Studio in Petaling Jaya on Monday night.

With little make-up and minus the glamorous attire Malaysians are used to seeing her in, it was hard to imagine her as the same singer who had chalked up a lot of firsts for herself and Malaysia:
she was the first non-Chinese artiste to be invited to perform at Taiwan’s Golden Melody Awards; the first non-Indonesian to have sold out tickets to a concert well before the start of her tour; the first artiste to have won the Anugerah Berita Harian’s Most Popular Artiste Award for six consecutive years; the first local artiste to have her songs competing in all three categories in Anugerah Juara Lagu.

(Petikan dari NST 17 Mac 2005)

Image hosted by Photobucket.com
Anugerah Penyanyi Fofular tahun lepas...semoga menang lagik tahun ni

Aku bukan la peminat fanatik Siti sebab tak semua album dia aku beli. Jauh sekali nak beli majalah yang ada gambo Siti juga join fan club. Kalau Siti wat konsert kat sini aku pi. Aku suka dengan penampilan dia yang sederhana, sedar asal usul, tahu jaga nama diri, keluarga, tak lokek dengan senyuman dll. Mungkin sebab aku dulu orang susah mcm Siti jugak kot sebab tu suka Siti. Orang kata Siti penyanyi kampung, tak reti cakap omputeh. Pada aku ini bukan halangan utama untuk Siti pergi jauh. Siti boleh belajar. Dalam hidup ni kita musti belajar untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. Bayangkan kalau Siti terer cakap omputeh bagi aku dia dah terlalu 'sempurna' dalam industri muzik. Wartawan hiburan pun dah tak de menda nak tulis. Nanti balik² citer puji memuji Siti. Siti plak salu menang anugerah lagi laaa org menyampah. Tapi Tuhan Maha Adil. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing².

Kalau orang tak suka Siti pun sebab Siti banyak menang awards. Lagi satu sebab orang nyampah kat Siti sebab abg dia hahaha. Biarlah takkan nak paksa org suka Siti. Citarasa memasing. Orang yang sayang Siti lebih banyak dari yang suka mengutuk Siti. No problemmm punyooo.
Image hosted by Photobucket.com

Semoga Siti berjaya dalam konsert dia di Albert Hall nanti. 20 tahun akan datang mungkin baru ada orang mcm Siti Nurhaliza. Tak kan sesenang ada yang 2-3 yang terbaik dalam tempoh waktu yang terdekat. Tak semua orang boleh jadi mcm Siti. Penyanyi cendawan tumbuh memang banyak tapi nak maintain nama, populariti serta serious dalam kerjaya memang payah di samping sentiasa berikan yang terbaik. Beliau menggunakan 'pakej' nya ada dengan baik malahan sudah berjaya melakar 'empayar' sendiri dalam industri muzik tanahair denga kejayaan demi kejayaan yg dia perolehi berkat usaha yang gigih. Mudah²an Siti akan bersara dengan 'bermaruah' bila dan tua nanti. Jangan iri hati dengan kejayaan penyanyi junior yach. Banyak lagi nak tulis senormya tapi cukup setakat ni je la hehe.
Image hosted by Photobucket.com


Lagu utk Siti 'Ku iring dikau doa dan harapan...berjuang dengan hati mu yang suci...' (cewahh mcm nak pegi perang daaa) :P
Image hosted by Photobucket.com

No comments:

Post a Comment