Wednesday, March 23, 2005

Filem : The Man Without A Past (2002)

Image hosted by Photobucket.com

Ku pikir kan citer omputeh, ropanya citer bahse Finnish yak itu dari negara Finland. Citer mengenai seorang lelaki yg digelar kan 'Mr. M' *oh ni pak cik tahu urup ni...ni kan urup M* yang hilang ingatan akibat dibedal dengan kijam oleh samseng kampung dusun di sebuah daerah bernama Helsinki, ibu negara Finland. Dia pergi ke Helsinki untuk mencari pekerjaan. Selepas itu berubah lah kehidupan Mr. M ni, tiada arah tujuan dia sebab tak ingat akan asal usul dia, tak ingat family dia waima nama sendiri pun dia tatau. Ini menyukarkan dia untuk mencari kerja sebab tak de nama dan kad pengenalan. Kemudian dia di bawa oleh seorg rakan ke tempat Salvation Army yang mana ada distribute makanan pree kat situ. Di situ dia berkenalan dengan seorg pegawai pompuan bernama Irma. Irma ni banyak membantu dia membentuk kembali self esteemnya dan memberi tunjuk ajar. Sehingga la dia berjaya mendapat kerja dan akhirnya kuci kuci hota hey sesama depa.

Image hosted by Photobucket.com

Jalan citer besa je. Tak de sesuatu yg lain. Ada la satu adegan yang kelakar sewaktu di bank. Bank yang kecil ada sorg je pekerja yang mana CCTV di bank tu plak rosak dan tak pak gad kat bank tu haha. Datang lah seorg customer bank tersebut nak keluarkan duit siap bawak senapang. Kemdian acu senapang kat pekerja bank utk benarkan supaya dia (customer) tu dapat keluarkan seme duit dia yang dibekukan oleh pihak atas sebab² tertentu. Bawak senapang bukannya nak merampok bank. Cuma nak takutkan pihak bank supaya duit dia dapat dikeluarkan semua duit dalam akaun dia sebab nak lari ke luar negara. Macam tu bank kat Finland gak nya ek.

Image hosted by Photobucket.com

Citer ni dicalonkan utk katergori Best Foreign Language di Oscar tahun 93 kot. Dan heroin citer ni si Irma tu menang Best Actress dalam Festival di Cannes 2002. Aku tengok tak de yang best pun lakonan dia. Dialog pun tak banyak. Dialog² dalam citer ni banyak sebut Tuhan. Apa² yang berlaku di kaitkan dengan kuasa Tuhan (mengikut sarikata lah) Mungkin kepercayaan terhadap Tuhan tinggi oleh si pengarah.

Dalam citer ni ada band kat kem Salvation Army yang keje band ni hiburkan org time ada function. Salah satu lirik lagu yang menarik perhatian aku. Muzik dia ala² lagu lemon tree...rock and roll ek?

Aku dihantui oleh syaitan
Di mana jua aku berada, ia tetap di situ
Ia pandang aku secara tenteram di bawah gelas
Dia senyum terhadap aku dengan bibir seorang gadis

Aku dihantui oleh syaitan
Di mana jua aku berada, ia tetap di situ
Aku ingat aku tak perlu bimbang lagi
Tapi mereka asyik ketuk pintu aku

Tuhan selamatkan aku, buat aku tak sesat diri
Tolong bagi petunjuk kpd aku pada jalan yang panjang lagi sempit
Tuhan selamatkan aku, jadilah petunjuk aku

Jangan biar aku terlupa atau menyiasat
Bawa aku berjauh diri drpd kegelapan

Kegelapan menutupi kepanasan tengahari
Menunggu malam memusnahkan mimpi kpd setiap orang
Jika kau gembira hari ini ataupun senyum
Itu adalah nasib aku dah berubah, permainan baru setiap hari
(as per the sarikata)

No comments:

Post a Comment