Friday, February 18, 2005

Hari Asyura

Hari ni 9 Muharam. Semalam mak aku kol suh puasa hari ni, esok dan lusa. Bagus katanya. Aku tak sempat tanya lanjut sebab tak bape nak jelas dengar. Main aa aa ye kat mak. Masa mak kol tengah prektis boling kat Cosmic Bowl Sg Wang. Sampai ke Sg Wang pegi prektis sey, semangat tu nak masuk pertandingan boling ari ni, anjuran blog pisangTungguuuu yach redBuls membuls kan u ols :P

Balik pada citer mak suh posa tadi. Lepas letak tepon aku terfikir apa ‘hari istimewa’ dalam bulan Muharam ek. Owh terlupa nya aku tapi rasa mcm tau. 'Mcm pernah ku dengar tapi di mana yach' (cuba tanya bila konsert tour AF ke musti tau). Balik umah selongkar buku agama ‘Panduan Berpuasa’. Oh 10 Muharam, hari Asyura. Aku pesan kat mak kejut aku sahur nanti, kalu tak mau terlajak ke mana² tah sebab badan dah penat, 3 hari 3 malam prektis bermangkuk yeww hehe.

Aku sempat menom air je taim sahur. Sekarang baru jam 12.30 tengahari ni, perot dah irama kencorong hehe *saba saba * Mudah² an berkat posa ni, tim redBuls menang yayyyyy

Selamat Menyambut Hari Asyura.

Puasa hari Asyura hapuskan dosa setahun
Oleh Abd al-Razzaq A Muthalib

ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal pada Muharam. Antaranya berpuasa sunat.

Antara hadis sahih yang membicarakan amalan puasa pada Muharam adalah mengenai puasa hari Asyura (10 Muharam, Sabtu ini), iaitu:

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura dan apabila telah difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari Asyura), maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Aisyah berkata yang bermaksud:
“Orang Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura, dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura. Maka, apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa.Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura, lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Ini adalah beberapa contoh hadis sahih yang menyebut mengenai puasa pada hari Asyura. Daripada hadis itu dapat difahami bahawa puasa pada hari Asyura adalah perkara yang wajib sebelum difardukan puasa Ramadan.Apabila difardukan puasa Ramadan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini gugur. Bagaimanapun, ia digalakkan dan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Perkara ini adalah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadis mengenai puasa Asyura. (Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amat besar. Antaranya seperti diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawa Rasulullah ditanya mengenai puasa hari Asyura, lalu Baginda menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi).
Dalam riwayat lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari Asyura. Hal ini seperti yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya mengenai puasa pada hari Asyura, lalu berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu Ramadan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)Selain pada hari Asyura, umat Islam digalakkan berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharam. Perkara ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya:-

Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.” Ibn Abbas berkata: “Tidak sempat munculnya tahun depan, Rasulullah wafat terlebih dulu." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Justeru, rebut peluang pada bulan ini untuk menambah amalan dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Baginda bersabda bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Allah yang kamu panggilnya Muharam.” (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Penulis adalah daripada Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Kuliyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Petikan BH 17 Feb 05
Hari itu mengikut keterangan hadis yang sahih adalah hari bersejarah pada umat Yahudi pada zaman Nabi Musa. Oleh itu, pada hari berkenaan Allah menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta menenggelamkan Firaun.

IDOP REDBULS :)

No comments:

Post a Comment