Tuesday, June 28, 2005

Filem : The Missing Gun


Image hosted by Photobucket.com


Synopsis :

Inspired by real-life event in December 1998, this action-packed comedy follows a group of Katoeys (Ladyboys) caught in a border dispute after their plane crashes. A group of six straight soldiers reluctantly takes on a mission to save them but first they must attempt to cast aside their personal prejudices in order to tackle the task. The movie digs deep into gay characterization ****** the multilayered conflicts presented to gender-benders from different backgrounds. Model Ornapa Krisadee portrays a selfish high-society transsexual, who has a sex changed yet still envies the other players : one is youngest, one is smarter and one is lower in social class and so on. (dipetik dari cover cd)

Note : Yang tanda ******* tu aku tak dapat nak baca apa tertulis sbb lindung ngn kaler itam pekat (tiada ketan ngn airpekat yach :P)

Citer ni pasal ada sebuah kapal terbang terhempas di sempadan Siam Myammar. Penumpang kapal terbang terdiri daripada lelaki lembut (nyah) juga cik gayah. Masalah mereka macam mana nak kembali semula ke negara mereka sebab mereka kena melalui sempadan yang ada musuh. Pelbagai rintangan yang dihadapi. Kemudian pihak kerajaan Siam menghantar beberapa abg asks untuk membantu menyelamatkan mereka. Abang² aks mintak bantuan helicopter tapi tak dapat sebab pihak berkuasa kata tak de peruntukan nak sediakan helicopter selamatkan mereka. Mereka (para penumpang tersebut) membuat andaian Kerajaan memang sengaja tak mahu selamatkan mereka disebabkan kejadian mereka. *sedey*

Aku tersentuh ngn lirik lagu lam citer ni.


It seems like heaven deliberately makes thing difficult for us
When we were born, born with a body which does not match the mind
My mind is a woman and my body is a man
It’s like a beautiful flower that stinks

I want to scream so the world world know
Why is that we are wrong
Is it wrong that my heart is a woman?
Is it wrong that my body is a man?

I don’t understand
Who would understand
The flower has no rights to choose the insects to smell
So, we face this karma over and over again
We are the hidden pink flower

Monday, June 27, 2005

Album : Jamal Abdillah (Aku Penghibur)


Image hosted by Photobucket.com

Aku terdengar kat dalam diari extended masa Mawi tengah pektis lagu Gadis Melayu, pektis guna versi Gadis Melayu Jamal Abdillah dan bukan Othman Hamzah. Susunan muzik pon lain. Rock dangdut dut. Hmm lam ati kata bila masa lak lah Jamal nyanyi lagu Gadis Melayu ni. Tak penah dengo pon. Maka misi mencarik cd nyanyian lagu Jamal Abdillah pun bermula. Nak dengo gak lagu Gadis Melayu versi Jamal. Nak compare ngn Mawi hahaha worlddddddd. Depa kata kat Radio Era dah putar lagu ni. Tapi aku lom sempat dengo.

Akhirnya ketemu jugak. Ropanya Jamal Abdilllah ada mengeluarkan album terbaru tajuk 'Aku Penghibur'. Dia menyanyikan semula lagu² yang pernah hit dari tahun 50an hingga kini sebagai tanda penghargaan terhadap komposer, penyanyi dan lagu yang beliau sanjungi. Setiap lagu yang dipilih ada sebab tersendiri. Album ni diterbitkan oleh Fauzi Marzuki bersama Arab.

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ni :

1. Malam Minggu Yang Mesra
Senilagu & Senikata : A. Riyanto
Penyanyi asal : Broery Marantika

Hahaha aku terbayang Bob masa tengok tajuk lagu ni *wat tangan lambai mesreeeee* Lagu ni lagu Indon popular sekitar tahun 70an nyanyian Broery Marantika.

2.
Aku Cinta Padamu
Senilagu : LY
Senikata : Baiduri
Penyanyi asal : Siti Nurhaliza

Menurut Jamal(dipetik dari kulit cd), lagu ni lagu yang paling sukar untuk dihayati. Bukan mudah untuk penyanyi lelaki menyanyikan lagu yang pernah di nyanyikan artis wanita lelebih lagi dinyanyikan oleh bintang yang gemilang, risiko nye terlalu tinggi kerana terlalu memikirkan perkara ini. Proses rakaman vokal terpaksa diulang beberapa kali.

3.
Gadis Melayu
Senilagu & Senikata : Munief
Penyanyi asal : Othman Hamzah
Penampilan istimewa : Joe Wings

Komen antara Mawi ngn Jamal. Mawi dikata punya tone cam Jamal sket. Dedua nyanyi bes. However nyanyian Mawi kedengaran lebih 'fresh'. Almaklum beza umo Jamal ngn Mawi bape kan. Dekat 20 tahun beza of course sore ada beza sket. Yang pasti bila dengar lagu ni bek versi Jamal atau Mawi aku tingat kat Amy dan Amylea yang beriya nari masa bekap Mawi hahahaha. Worldddd. Aku suka arrangement muzik baru ni. Masa sessi World sama Super World, Super World cakap lebih kurang 'anda bakal menggantikan artis² yang akan pergi tak lama lagi' terus aku terbayang Jamal Abdillah.

4.
Menaruh Harapan
Senilagu : A.Ali
Senikata : Habsah Hassan
Penyanyi asal : Zaiton Sameon

Menurut Jamal lagu ni antara lagu yang menjadik darah daging sepanjang usia saya. Aku rasa lagu ni tak lekang dek ujan tak lapuk dek panas. Sedap didegar setiap masa. Senikata dia sangat mendalam.

5.
Lagu Gembira
Senilagu & Senikata : Copyright Controlled
Penyanyi asal : Err tak de tulis lak sapa.
Artis duet : Ning Baizura

Jamal ucap sekalong doa dan Al-Fatihah buat Saudara Eddie Ahmad. Rasa nya lagu lama nih. Lagu dia cam ni

Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

6.
Aku Penghibur
Senilagu : Dato Ahmad Nawab
Senikata : Rina
Penyanyi asal : Ada 2 versi Sudirman dan Broery Marantika

Intro lagu ni

Ku nyanyikan lagu ini
Lagu riang dang gembira
Marilah dikau bersama
Menyanyikan lagu indah

7.
Berita dari Rantau
Senilagu : Alleycats
Senikata : M.Nasir
Penyanyi asal : Alleycats

Jamal pilih lagu ni sebab Alleycats adalah sebuah kumpulan muzik yang bermakna dalam perjalanan nya meraih kegemilangan sebagi penyanyi. Dan dia menang Bintang RTM nyanyi lagu Alleycats. Aku tak bape familiar ngn lagu ni. Peminat Alleycats sure tau. Dua kali dengar cam lagu raya pon ada hehe

8.
Oh! Di Mana Mustika Hati
Senilagu : Ahmad Nawab
Senikata : Hamidon Zain
Penyanyi asal : Datuk Sharifah Aini

Lagu yang dicipta oleh Dato’ Ahmad Nawab seorang komposer yang begitu sinonim dalam karier Jamal sebagai penyanyi. 'Bang Mat budimu akan ku kenang sampai bila²'

9.
Mencintaimu
Senilagu & Senikata : Bebi (bukan bebi ijin yach) hahaha
Penyanyi asal : Kris Dayanti

'Mampukah saya untuk menjiwai dan menyampaikan lagu ini sebaik penyanyi asal? Hasilnya mungkin akan menjadik satu kontroversi..'

10.
Seroja
Senilagu & Senikata : Copyright Controlled
Penyanyi asal : S. Effendi

Menurut Jamal, antara lagu yang mejadi darah dagingnya. Lagu yang menjadik siulannya dari usia muda hingga kini. Tak pasti sapa pencipta lagu ni.

Tagline album :

"TAK PERLU LIHAT SIAPA YANG MENYANYIKAN TETAPI DENGAR APA YANG DISAMPAIKAN"

Bagi peminat Jamal Abdillah album yang berbaloi untuk dibeli dan di buat koleksi. Harga asli di Speedy, Tower Record, Kedai Muzik Abdul Wahub juga tempat² yang sewaktu dengannya ialah RM34.90. Harga kat Carrefour Subang Jaya RM27.90 saja. Beli la dengan bijak. Worlddddd huhu

Thursday, June 23, 2005

Filem Pendek : Zaleha Ayam Patah


Image hosted by Photobucket.com
Cik Siti blakon

Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Zaleha yang mengharungi zaman remaja dengan penuh mencabar apabila jiwanya amat akrab dengan zapin. Ibu dan bapa Zaleha adalah penari zapin yang handal, namun Zaleha di lahirkan capek (tempang).

Bagi penduduk kampung, kegigihan Zaleha adalah lambang perpaduan dan ketinggian nilai hidup bermasyarakat di kampung itu. Melalaui berzapin, kehidupan bagi meraka adalah rentak dan ragam. Ia perlu seiring supaya terbentuk sebuah kehidupan yang sempurna.

Laman web Zaleha Ayam Patah

Aku berkesempatan menyaksikan appresiasi filem pendek ni di Finas Sabtu lepas. Janji dengan Ted. Ted lom sampai citer dah abis hehe. Sib baik aku sempat. Masuk auditorium citer dah start. Tapi orang ramai ya amatss (atau mungkin tempat kecik tu yang nampak sesak sket). Terpaksa tengok berdiri. Sib bek juga citer pendek dalam 30 minit cam tu. Tapi tak pe diri pon diri la.

Yang buat aku nak sangat tengok citer ni sebab ada hehehe ada kemuncolan istimewa Cik Siti Nurhalizah sebagai penyanyi ghazal. Citer ni memenangi skrip terbaik dalam tertandingan skrip tahun 2002. Tapi cam tak puas tengok pendek sangat. Mungkin suatu masa nanti boleh bikin kasik panjang sket citer ni.

Dari tajuk memula ingat Zaleha patahkan ayam?? (kijam nyeee). Tak pun Zaleha ada bela ayam patah (??) Ropanya Ayam Patah adalah sejenis tarian zapin. Mungkin style zapin dia ada ala² ayam patah kaki kot.

Moderator appresiasi ialah Incik Mahadi J. Murad dan ahli panel ada 4 orang, Shuhaimi Baba, Puan Sujiah Salleh...yg lagi 2 ni tak bape nak ingat nama dia sorang prof sorang lagik ahli sastera. Tapi yang 2 orang ni (yang aku lupa nama) la yg aku sempat dengar diskusi nye. Citer pendek tapi kemain panjang lebar diskusi nya dari aspek relevan, logic juga dari sudut pakaian. Suka dengar.

Tahniah buat semua warga kerja Zaleha Ayam Patah termasuk pembuat website nya iteww yach :)

Aku sempat dengar 2 orang nye pembentangan. Yang lagik 2 tak sempat nak dengar sebab aku ada sesi 'Lupa melodi dan lirik' di karoke Bangsar pas tu haha. Ada member dah gian 'mikropon' :P Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Spiral and family, Vad 'pink iteww indah', Kak Aidid, Sempoii. Sepanjang aku berkaraoke, buat pertama kalinya menyanyikan lagu nasyid di puasat karaoke. Sungguh World. 'Tinggi ke Intifadaaaaaa'. Pas ni haruss nyanyik lagu Arab laksss hahahaha

Buat eksperimen kat Spiral. Taim dia nyanyik we olss tepok sorak tak henggat. Dia tak bleh nyanyik hilang tumpuan hahahaha. Selamat jalan Spiral. Jaga diri di tempat orang. World peace !

Monday, June 06, 2005

Ucapan Hari Tua


Selamat Hari Tua buat diri sendiri.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya saya masih berhidup hingga ke hari ini hingga mencecah ke umur *tutt* Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan saya dengan kasih sayang yang tidak terhingga. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mereka. I love you very much. Remember that. *Mcm pernah ku dengar tapi di mana yach* :P

Tidak dilupai kepada cekgu² sekolah saya dari sekolah tadika, sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah, cekgu tuishen saya yg amat garang juga tidak dilupakan pensyarah² IPT yang memberi panduan, tunjuk ajar ilmu kepada saya hingga saya menjadi seperti mana diri saya sekarang.

Buat adek bradek saya yang sentiasa menyokong perjuangan saya (muahahahaha). Tima kasih adek² ku. Air di cencang tidak akan putus. Juga kepada kengkawan semua yang sudi berkawan dengan saya, saya ucapkan ribuan trima kasih di atas kesudian kalian kalian berkawan dengan saya. Tanpa anda siapa la saya. Hidop waktu kerja pasti boring, sepi lesu, lemah longlai tanpa YM, blog, komen haloscan dan juga tag bod. Hari² asek ngadap muka bos yg kurang mesra alam juga tak bape nak ensem. Sesilap boleh kena batu karang sebab asek bekerja tanpa batasan hehe. Andai ada terkasar bahse, terlazer ampun maaf di pinta. U ols mmg best!!!! Muahhhsss....mesreeeeeee

Last but not least saya juga ini merakamkan terima kasih pada Esterow kerna bersempena dengan hari ketuaan saya telah memberi kezutan yang berharga buat saya dengan meng-afmasukkan Mawi ke dalam AF3. Hadiah harijadik yang sangat bermakna buat saya pada tahun ni hikhiks. Dan juga ketahui lah semua bahwa hari pertama Mawi di kelas AF3 bersamaan dengan 6 Jun 2005 juga bersamaan dengan tarikh kelahiran saya. *mek terharu nyeh* :P Muahahahaha demam sunggoh dah ni. Marah pon ada ngn Esterow ni sebab suker memanipulasikan perasaan pelanggan. Suker pun ada. Pendek kata macam² ada.

Buat Mawi, tunjukkan pada doniya anda boleh. Semoga sakses. Good luck.

Friday, June 03, 2005

KDrama : Happy Together (1999)



Image hosted by Photobucket.com

Synopsis :


The story of this moving TV drama revolves around 5 brothers and sisters whose lives are torn apart by the tragic loss of their parents. This unfortunate incident causes carries each of the family members in different directions until they are finally reunited by a miraculous twist of fate.

Starring : Lee Byung Hun, Kim Ha Neul, Song Seoung Heon, Cha Tae Hyun, Jeon Ji Hyun


Total episod : 20
 
Credit : 

DramaWiKi 

Sedih citer ni. Pasal adek bradek berlainan mak dan ayah yg terpisah. Depa 5 bradek tapi ada 2 puak. Satu puak nak sangat jupe kesemua adek bradek walaupun bukan adek bradek kandung. Yang lain satu puak tak nak jupe dan tak mahu mengaku langsung adek bradek sebab menyimpan dendam yang amat sangat akibat perbuatan silam maknya. Very derr keras hati kakak yang sulung ni.

Dibarisi oleh pelakon² fofular Korea. Citer ni taun 1999 depa lom fofular sangat kot. Tapi sekarang dah fofular. Dinasihatkan sediakan tisu bebanyak kalau nak tengok citer ni hehe

Moral of the story : Sayangi dan hargai la adek badek anda seme. Tak bek gado². Sebab anda dikira bertuah punya adek bradek berbanding orang yang dilahirkan sebagai anak tunggal. 


Image hosted by Photobucket.com